Sunday, March 6, 2011

31st jan 2011...



Riuh – hingar bingar anak-anak sedara, itu yg aku rindukan. Biarpun masih dalam perjalan ke kampung, namun aku sudah terbayangkan gelak tawa & gurau senda bersama mereka. Itu yg membuat aku lebih lagi menekan pedal minyak di kaki. Makin laju kereta kecil ku memecut. Hujan merintik meminta aku memperlahankan pemanduan. Bahaya saat hujan-hujan begitu kalau memandu laju. Tambahan pula jam sudah 1.00 pagi, badan pn sudah sedikit kepenatan. Orang sebelah? Dah lena dibuai dengkuran. Mungkin sejuk dalam kereta bercampur sejuk cuaca hujan di luar sana, itu menambahkan lagi ulitan lenanya. Ataupun sebenarnya dia bosan. Yela, mendengar suara aku yang merdu bak katak memanggil-manggil hujan malam ni, hahaha!! Selalunya begitulah aku ketika memandu. Mengikut apa saja lagu yang berkumandang di radio. Yang penting, dapat elakkan aku dari rasa mengantuk sepanjang perjalanan.

Kampung... alangkah bertuah & beruntung aku dilahirkan di kampung. Keriuhan & keseronokkan hidup di kampung terlalu banyak bererti buat diriku. Suasana yg tenang, damai persekitaran. Rukun yg akrab dengan tetangga.

Bersambung.....

Saturday, November 20, 2010

kasih, sayang, cinta & rindu....
apa makna semua perkataan-perkataan itu...?
tiap insan memeberi maksud yg berbeza-beza
tp apa alasan nya... bukan kah ianya sama
iaitu perasaan yg mendambakan
iaitu perasaan yg menginginkan

You May Be song - Aladin

Thursday, January 21, 2010

Hati....

Sesuatu yg begitu sukar untuk dimengerti. Kadang hiba, kadang gembira. Kadang sunyi, begitu sepi. Kadang pilu, begitu keliru. Kadang sedih, begitu pedih. Saat semua bercampur aduk menjadi satu, kala itu juga hati jadi tidak menentu. Payah untuk difahami. Apatah lagi untuk diselami...

Dari hati perasaan menyayangi. Dari hati perasaan membenci. Dari hati perasaan mencintai. Dari hati perasaan mendendami. Apa sebenarnya peranan hati? Apa sebenarnya ada pada hati? Sedikit dibelai, kembang berbunga-bunga. Sedikit tercalar, gurisan parutnya melekat begitu lama..

Cinta, kasih, sayang.. Tiba-tiba datang di hati. Benci, dendam, amarah.. Lahir jua di hati. Tidak mudah untuk mengawal hati. Bukan senang untuk menjaga hati. Itu yang benar perlu berhati-hati...

Wednesday, January 20, 2010

Langkah Pertama... (21.01.2010)


Langkah Pertama...

Bissmillah hirrahman nirrahim... Aku mula mengatur LANGKAH PERTAMA. menitip apa yang terkandung dalam hati sanubari. Biar segala terluahkan... Biar segala terleraikan. Mungkin ini titik permulaan, walaupun sekadar penulisan, sekurang-kurangnya dapat aku mengorak jejak yang aku sendiri keliru, untuk mencari diriku... Berkatilah perjalanan ini, terima kasih (alhamdulillah) limpahan kurniaan Dari-MU ya Tuhan... Aminnn.. Ya Rabbil Alamin....